Kuala Lumpur, 2nd July 2018: (Bernama) — FINTERRA, pembekal perkhidmatan teknologi kewangan (fintech) berasaskan pengkomputeran awan global dan penaja platinum Sidang Kemuncak Teknologi Kewangan Islam Global (GIFS) pertama yang diadakan di sini, baru-baru ini, memperkenalkan produk Rantaian Waqf di acara tersebut.

Penyelesaian inovatif Rantaian Waqf dibangunkan menggunakan teknologi ‘GALLACTIC Blockchain’, iaitu penyelesaian sosial berasaskan teknologi rantaian blok.

GIFS merupakan satu inisiatif untuk menyerlahkan potensi besar fintech di dunia Islam sehubungan trend pertumbuhannya yang semakin meningkat ke sekitar US$2.1 trilion. (US$1 = RM4.14).

Referernce